CYBER SECURITY MALAYSIA

Saturday, March 5, 2016

Budgerigar Club Gathering #ppbct #kbc


Pada 4 Mac 2016 (jumaat) , Telah diadakan program ukhwah "BudgerigarClub Gathering #ppbct #kbc" yang diadakan di kediaman Ali Afendi - AJK PPBCT Kg. Balai Maras, Kuala Terengganu. kehadiran seramai 26 orang ahli terdiri daripada kedua AJK/ahli PPBCT dan KBC. Program ini diadakan bagi menjalin siratulrahim antara dua kelab dan mengadakan mesyuarat dua hala. Dalam mesyuarat dua hala yang bermula jam 11.00 pagi hingga 12.45 tghari, Beberapa perkara telah dibincangkan dan mendapat persetujuan bersama. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah :

(a)  Penetapan tarikh aktiviti/pertandingan
(b)  Penetepan undang-undang dan peraturan pertandingan
(c)  kerjasama dua hala persatuan
(d)  Penggunaan showcage dalam pertandingan

Disamping itu, didalam mesyuarat ini juga memanjangkan persetujuan yang telah dicapai semasa perjumpaan AJK pada 20 Ogos 2014 yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan iaitu :

(a)  Pengiliran mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan
(b)  Saiz ukuran showcage yang dibenarkan semasa pertandingan
(c)  Status budgie "B".

Program berhenti rehat dan solat jumaat dan disambung sebelah dengan perlawanan futsal persahabatan antara dua kelab.




































No comments:

Post a Comment