CYBER SECURITY MALAYSIA

Saturday, February 15, 2014

Show Cage Keluaran PPBCT

Buat pertama kalinya Show Cage untuk burung budgie diperkenalkan di negara ini melalui pertandingan burung budgie yang diadakan pada 8 JUN 2013 anjuran PPBCT. Di negara luar mereka telah lama menggunakannya dan ianya terhad kepada ahli persatuan. Setakat ini hanya PPBCT dan KBC mengeluarkan Show Cage mengikut saiz dan standard antarabangsa, besi jaring yang diimport khas dari Bangkok dan ianya amat terhad.

Didalam pertandingan, adalah perkara wajib bagi peserta untuk membawa Show Cage sendiri bagi menyertai pertandingan yang diadakan dan pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan tersebut. Bagaimanapun penggunaan cage biasa juga boleh digunakan tetapi mutu persembahan tidak sehebat menggunakan Show Cage. Ini bermakna markah untuk budgie yang dipertandingkan akan berkurangan dimata juri.

Tujuan penggunaan Show Cage ini adalah memudahkan pengadil/juri menilai burung tersebut, mengukur panjang burung dan bentuk fizikal. Saiz panjang burung yang dibenarkan masuk pertandingan adalah antara  8 - 8.5 inci.

LAIN-LAIN KEGUNAAN

Show Cage ini juga amat sesuai untuk sesi photografi. Burung budgie lebih menarik ketika berada didalam Show Cage kerana dilihat melalui sudut sisi.   Budgie yang matang berumur 8 bulan keatas sesuai untuk sesi photografi tetapi mestilah burung jinak. Oleh sebab itu, budgie mestilah diajar untuk berada didalam Show Cage seusia muda lagi bagi mengelakkan burung stress dan jika burung liar ini akan mencederakan burung ketika berada di dalam Show Cage .
Kegunaan lain Show Cage ini adalah sewaktu mengadakan pameran dan sebagainya. Ianya bukan terhad kepada spesis budgie sahaja malah mempunyai berbagai saiz yang dikhaskan untuk spesis tertentu seperti cockatiel dan love bird. Setakat ini harga bagi Show Cage adalah RM100 hingga RM150 bergantung terhadap cara buatan dan material yang digunakan.








No comments:

Post a Comment