CYBER SECURITY MALAYSIA

Sunday, February 9, 2014

Pengenalan


Sijil Pendaftaran

Syarat Keahlian :

(a)  Terbuka kepada rakyat Terengganu berumur 18 tahun keatas.
(b)  Mereka (bukan rakyat Terengganu) yang bermastautin di Terengganu.
(c)  Umur 18 tahun keatas.
(d)  Tidak gila
(e)  Minat mendalam terhadap burung budgie dan cockatiel.
(f)  Membayar yuran penyertaan RM30.00 dan yuran tahunan RM20.00 (pin 8/8/2014).

Ahli Bersekutu :

Tidak memenuhi syarat di para a dan b. Mendapat keistimewaan sebagai ahli tetapi tidak boleh memegang jawatan dan mengundi memilih ahli jawatankuasa.


Latarbelakang

Kewujudan PPBCT telah bermula pada awal tahun 2011 terdiri daripada peminat-peminat kedua spesis ini yang berpusat di kawasan Gong badak, Kg. Gong Pak Jin dan Kg. Tok Jembal Kuala Terengganu. Pada awal tahun 2012, kumpulan kecil ini telah dikenali sebagai PPBCT penaja. Setelah mempunyai asas dan kelayakan untuk menubuhkan persatuan, maka pada 2 Sept 2012 PPBCT telah didaftarkan secara sah. Kini kami mempunyai 70 orang ahli khususnya di negeri Terengganu serta wakil ahli bersekutu di Kelantan, Pahang, Perak dan Johor. PPBCT aktif mengadakan program yang mempunyai hubungkait dengan burung budgie dan cockatiel antaranya :-

(a)  Lawatan ke rumah ahli-ahli setiap minggu.
(b)  Program ukhuwah seperti BBQ, Program santai, Program makan durian.
(c)  Mengadakan kelas/seminar
(d)  Lawatan ke hopital ziarah ahli yang sakit
(e)  Pameran
(f)  Pertandingan
(g)  Lawatan ke loft pembiak-pembiak tempatan dan luar negeri.

Kemudahan untuk Ahli

(a) Tunjuk ajar cara pembiakan/penjagaan dan kesihatan yang betul.
(b) Pembelian dengan harga yang murah sesama ahli.
(c) Anugerah "Master Breeder" dan "Akreditasi Loft" kepadas ahli yang layak sebagai galakkan.
(e) Bertukar baka (blood line)sesama ahli.
(f) Lawatan ke loft breeder dalam dan luar negeri.
(g) Pembelian barangan/supliment kesihatan dengan harga ahli.
(h) Jualan show cage kepada ahli
(g) Membantu ahli untuk memasarkan burung.
(h) Tempahan Legband khas untuk ahli.

Kejayaan

(a) Mengadakan pertandingan budgie pertama di Malaysia.
(b) Mengadakan hubungan dua hala antara agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan veterina dan     Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu.
(c) Menyertai pameran/jualan
(d) mengadakan kempen tandatangan membantah spesis budgie dan cockatiel daripada dikenakan lesen.
(e) Mermartabatkan spesis budgie & cockatiel
(f) Menjana dan menambah pendapatan ahli melalui hasil pembiakan sendiri.

Strategi Pemasaran

Persatuan memeberi peluang kepada ahli-ahli untuk memasarkan burung hasil daripada pembiakan sendiri yang berkualiti.
(a) Mengumpul burung daripada ahli untuk dijual.
(b) Mengiklankan melalui dalam talian.
(c) Jualan di pameran yang dianjurkan oleh persatuan.
(d) Jualan di booth kendalian persatuan.
(e) keuntungan jualan diberi kepada ahli dan terpulang kepada ahli memberi sumbangan kepada persatuan jika mampu.
(f) Persatuan mendahulukan modal untuk membeli barang-barang untuk dijual.



AKTIVITI PPBCT SEPANJANG PENUBUHAN

Aktiviti Tahun 2012

BIL
TARIKH
AKTIVITI


1.
30 SEPT 2012
LAWATAN AJK/AHLI PPBCT KE BACHOK KELANTAN.
2.
14 OKT 2012
PERJUMPAAN/MESYUARAT AJK PPBCT DI WARUNG ALI RC DI KG. GONG PAK JIN, KUALA TERENGGANU.
3.
10 NOV 2012
LAWATAN  ROMBONGAN AHLI KBC KE LOFT PPBCT.
4.
13 NOV 2012
MELAWAT AHLI  MOHD AMIR HUSAIRY BIN MAT YUSOOF DI WAD 2EF HOSPITAL NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU.
5.
8 NOV 2012
SANTAI PETANG DAN PERJUMPAAN AJK DI WARUNG SIMAH KG. GONG PAK JIN.
6.
20 DIS 2012
LAWATAN KE LOFT RAZALI BIN JUSOH DI KUALA IBAI






Aktiviti Tahun 2013

BIL
TARIKH
AKTIVITI

1.

2.
16 MAC 2013

7 JUN 2013
MAJLIS HI-TEA PPBCT DI SUTRA BEACH RESORT, SETIU.

MAKAN MALAM MERAIKAN AHLI KBC DI RESTORAN EBBY DI GONG BADAK, KUALA TERENGGANU.
3.
8 JUN 2013
PERTANDINGAN SENI KECANTIKAN BURUNG BUDGIE 2013 SEMPENA TERENGGANU PET’S DAY 2013 DI PERPUSTAKAAN AWAM, NEGERI TERENGGANU.
4.
25 OGOS 2013
MAJLIS MAKAN DURIAN DI RUMAH TIM. PRESIDEN, KG. GONG PAK JIN, KUALA TERENGGANU.
5.
26 SEPT 2013
MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2013 DI STADIUM SULTAN MIZAN, GONG BADAK PADA 26 – 28 SEPT 2013.
6.
3 OKT 2013
MELAWAT AHLI NIK MOHAMAD BIN NIK ISHAK DI HOSPITAL NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU.
7.
12 OKT 2013
LAWATAN KE RUMAH AHLI MUHAMAD BIN MUHAMMAD@YUSUF DI KG. MERBAU PATAH. 
8.
21 OKT 2013
MAKAN MALAM MERAIKAN PRESIDEN KBC – NIK ZAMRI KUHA DI RESTORAN D’BENTENG TAMAN TAMADUN ISLAM.
9.
30 OKT 2013
SANTAI PAGI BERSAMA AHLI DI WARUNG BELAKANG ASTAKA, KUALA TERENGGANU.
10.
8 NOV 2013
SANTAI PETANG DI LOFT AHMAD FADZIL BIN MAMAD DI KG. PULAU RUSA, KUALA TERENGGANU.
11.
14 NOV 2013
PERJUMPAAN DAN MAKAN MALAM DI RESTORAN ABANG DAMAK KG. KUBANG BADAK, KUALA TERENGGANU.
12.
19 NOV 2013
PERJUMPAAN AHLI DAN MAKAN MALAM DI RESTORAN MAYANG SARI DI MYDIN MALL, KUALA TERENGGANU.
13.
22 NOV 2013
PROGRAM SANTAI BERSAMA AHLI DI RUMAH PEN. SETIAUSAHA DI KG GONG SEKOLAH.
14.
28 NOV 2013
PERJUMPAAN DAN MAKAN MALAM AHLI DI RESTORAN POK TOM YAM.
15.
29 NOV 2013
MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH DI MUZIUM NEGERI TERENGGANU PADA 29 – 30 NOV 2013.
16.
21 NOV 2013
ROMBONGAN KE KELANTAN HADIRI KELANTAN BUDGERIGAR SHOW 2013 DI DEWAN JUBLI PERAK, MPKB PADA 20 – 21 NOV 2013.
17.
28 DIS 2013
LAWATAN KE RUMAH AHLI MOHD SUDIN BIN YAACOB DAN MOHD NASIR BIN YANG DI KG. BUKIT TUMBUH, KUALA TERENGGANU.   






No comments:

Post a Comment