CYBER SECURITY MALAYSIA

Monday, February 10, 2014

Terengganu Budgerigar Show 2013

Buat julung kalinya di Malaysia satu pertandingan dan pertunjukan burung budgie telah diadakan di Terengganu pada 8 JUN 2013 bertempat di Perpustakaan Awam negeri Terengganu. Pertandingan ini merupakan anjuran sulung Persatuan Peminat Burung Budgie & Cockatiel Terengganu (PPBCT) dengan kerjasama Kelantan Budgerigar Club (KBC). Seramai 26 penyertaan diterima dalam pertandingan ini meliputi dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori terbuka English Budgie dan kategori Ino.


Pemenang kategori English Budgie
Tempat Pertama : Mohd Amin bin Che Bong (PPBCT)
Tempat Kedua : Mohd Nakhaie bin Ismail (KBC)
Tempat Ketiga : Mohd Fazlie bin Husin (KBC)


Pemenang kategori Ino
Tempat Pertama : Zainudin bin Abdul Rahman (PPBCT)
Tempat Kedua : Ahmad Fadzil bin Mamad (PPBCT)
Tempat Ketiga : Ahmad Fadzil bin Mamad (PPBCT)

Pemenang mendapat sebuah piala dan sijil pertandingan. Seramai empat orang pengadil/juri bertauliah telah mengadili pertandingan ini, mereka ialah,

1) Mohd Redzuan bin Mohd Nor (Ketua Juri dari PPBCT)
2) Muhammad Zainuddin bin Awang (KBC)
3) Mohd Iqram bin Mansor (KBC)
4) Mohd Hafis bin Abdul Rahman (PPBCT)


No comments:

Post a Comment