CYBER SECURITY MALAYSIA

Monday, June 9, 2014

Promote PPBCT



PPBCT semenjak penubuhannya telah mengadakan beberapa program memperomosikan persatuan dan pendedahan burung budgie & cockatiel kepada umum. PPBCT telah mengadakan pameran khususnya di acara tahunan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu dibawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Terengganu, acara tahunan di Terengganu Pet' Day anjuran Perpustakaan Awam negeri Terengganu, musim cuti sekolah anjuran Perbadanan Muzium Negeri Terengganu, Pekan Budaya dan expo anjuran kerajaan negeri Terengganu.

PPBCT bukan sahaja mementingkan jualan burung semata-mata tetapi fokus utama adalah memberi pendedahan kepada peminat terhadap kedua spesis burung ini dengan cara pembiakan yang betul, penjagaan kesihatan burung dan cara-cara pemasaran yang efektif.

Alhamdullilah berkat sokongan semua ahli-ahli dan peminat, PPBCT terus melangkah maju dengan tema "Bersatu Melalui Hobi Yang Sama".

No comments:

Post a Comment